Assalamualaikum wbt
Saya kerap kali di tanya tentang soalan yang serupa menjelang Ramadhan atau ketika berlansungnya Ramadhan.
Tentu ada yang risau dan khuatir pengambilan yang salah akan menyebabkan supplemen yang di makan tidak berfungsi dengan baik dan tidak mendatangkan hasil yang di ingini.
Ada RAHSIA ???
Sebenarnya mudah sahaja
Dengan panduan yang baik dan pengamalan tips yang kami sediakan ini, pengambilan supplemen Shaklee anda di bulan puasa tidak akan terjejas dan sama sahaja seperti hari biasa.
RAHSIA 1: PASTIKAN VITAMIN SELEPAS MAKAN DIAMBIL DGN BETUL
Vitamin yang perlu di ambil selepas makan lebih banyak berbanding yang perlu di ambil sebelum makan. Jika vitamin selepas makan, maka anda boleh mengambilnya selepas berbuka, selepas moreh atau selepas bersahur.
Namun dalam hal ini, terdapat beberapa perbezaan cara pengambilan yang anda akan jumpa jika Google dan akan mendatangkan kekeliruan.
Cara yang paling selamat adalah menghubungi kembali Distributor anda (penjual yang menjual Shaklee kepada anda) dan minta konsultasi KHUSUS berkenaan dengan vitamin yang anda sedang ambil pada masa ini. Distributor bertanggungjawab memberikan panduan yang SPESIFIK utk setiap vitamin yang anda ambil.
Jika anda adalah pelanggan kami, hubungi kami pada bila-bila masa sahaja dan kami bersedia membantu anda
RAHSIA 2: VITAMIN SEBELUM MAKAN DIAMBIL SEBELUM SAHUR
Ada sebab yang spesifik mengapa sesetengah vitamin perlu di ambil sebelum makan. Sebagai contoh, Zinc Complex. Ianya hanya berkesan jika diambil sebelum makan atau ketika perut anda benar-benar kosong. Huraian lanjut tentang ini boleh dibaca di : Kenapa perlu ambil Zinc sebelum makan?
Terdapat beberapa lagi vitamin lain yang juga perlu diambil sebelum sahur. Jika anda khuatir anda akan terlewat bangun dan tidak sempat ambil sebelum sahur, boleh di ambil SEBELUM TIDUR dalam keadaan perut kosong.
RAHSIA 3: PENGAMBILAN AIR YANG MENCUKUPI
Bukan mudah untuk memastikan 3 liter air diambil dari waktu berbuka hingga bersahur. Cara paling mudah adalah dengan memastikan anda mengambil segelas air dalam sela setiap setengah jam atau sejam sebelum tidur.
Contoh, selepas solat magrib, ambil segelas air dan berehat sambil bertadarus atau membaca Quran. Sebelum solat Isya', ambil segelas lagi air. Diantara solat sunat tarawih, boleh juga diambil air sedikit demi sedikit.
Ini penting dalam usaha memastikan badan anda sentisa mendapat bendalir mencukupi dan membantu vitamin untuk dilute dengan baik di dalam tubuh dan tidak membebankan buah pinggang.
Di bawah disertakan contoh jumlah air yang diperlukan oleh seseorang mengikut berat badan
Kesimpulannya,
Anda masih boleh mengambil vitamin Shaklee seperti biasa tanpa perlu risau. Dengan panduan yang betul, semuanya adalah seperti biasa
Kami suka ingin mengesyorkan SET RAMADHAN utk diambil ketika sahur bagi memastikan anda mempunyai tenaga yang mencukupi dan kekal cergas sepanjang hari.
Ramai yang telah mencuba dan berpuas hati..
* Produk ini bukan bertujuan untuk
mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zuliana Zukipli [ NA ] Shaklee Independent Distributor [ID No : 893409 ]
012 946 6998 | zulianazukipli@gmail.com
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zuliana Zukipli [ NA ] Shaklee Independent Distributor [ID No : 893409 ]
012 946 6998 | zulianazukipli@gmail.com
No comments:
Post a Comment