Selamat Datang Ke Blog Zuliana Zukipli

Selamat Datang Ke Blog Zuliana Zukipli
" Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Monday 3 August 2015

Susu tiada lepas bersalin? apa nak buat?

assalamualaikum..hari ni saya nak cerita sedikit pasal penyusuan..sebabnya, minggu ni ramai sangat customer yang bersalin termasuk sepupu saya .tahniah for new born ya korang..dann soalan yang biasa diorang tanye ialah pasal susu tak keluar sejurus lepas bersalin..
betul ke susu tak keluar selepas bersalin atau tu semua anggapan aje??
jom tengok size perut baby sejurus lepas lahir dan susu yang di perlukan
 
 

nampak tak..lepas lahir, perot baby hanyalah sebesar buah ceri aje! dan susu yang diperlukan hanyalah sebanyak 5-7ml shj! subhanallah..jadi cukup tak susu sebenarnya?? cukup kannn..haaaa...jangan cakap tak cukup eaaa...rotan kang..hihi
Ini pula maximum capacity perut bayi mengikut umur. Nampak tak, pada hari ketiga pun, kapasiti perut bayi masih kurang dari 1 oz. Jadi, biasanya berapa oz susu formula yang diberi kepada newborn? Sumber: KellyMom
 
 

Allah dah ciptakan komposisi susu ibu berubah mengikut umur bayi. Jadi macam mana kita boleh pastikan susu formula yang komposisinya sama, adalah sesuai untuk bayi kita sejak lahir hingga berumur setahun? 

Ini merupakan beberapa info yang perlu diketahui oleh ibu-ibu baru:-

1) Sebenarnya pada beberapa hari selepas melahirkan anak, susuibu an akan dihasilkan selepas menerima ransagan hisapan dari baby ataupun pam (tapi cuba elakkan penggunaan pam).Sebab itu ransangan dari hisapan perlulah dilakukan secepat mungkin, sebaik-baiknya 1 jam selepas bayi di lahirkan.

2) Perut bayi adalah sangat kecil pada masa ini. Maka susu yang diperlukan hanyalah sedikit. (lihat gambar di atas)

3) 'Lacthing' adalah sangat penting. Pastikan bayi menghisap dengan betul dimana sebahagian besar aerola masuk didalam mulut bayi dan bukan hanya puting payu dara sahaja. Sekiranya bayi tidak 'latch' dengan betul maka hisapan menjadi kurang efektif, ini bermaksud ransangan pun berkurang menyebabkan kurangnya susuibu terhasil.

4) Kebiasaannya, pada 1-3 hari lepas melahirkan anak, susu yang terhasil hanyalah colostrum, juga dikenali sebagai 'pre-susu'. Kadar aliran colostrum sangatlah perlahan dan ini membolehkan bayi belajar koordinasi menghisap, bernafas dan menelan. Peralihan dari kolostrum kepada susuibu berbeza bagi setiap ibu. Ibu yang melahirkan anak secara Czer mungkin mendapati peralihan ini lebih lama dari 3 hari. Begitu jugalah jika anak kita pra-matang.

5) Penyusuan botol  dan puting (pecifier) boleh menyebabkan kekeliruan yang mungkin akan menyebabkan baby menolak directfeed. Jadi cuba elakan ini sekurang-kurangnya 1 bulan atau selepas penghasilan susuibu telah stabil. Pada keadaan yang tidak dapat dielakkan, dimana terpaksa bagi minum susu bukan secara directfeed, gunakan sudu.

6) Bayi yang menangis tidak semestinya nak minum susu. Mungkin nak kena peluk, sakit perut, hidung tersumbat dlll.  
Kesimpulannya, ibu-ibu mesti mulakan penyusuan dalam tempoh 1 jam selepas bersalin. Teruskan menyusu walaupun anda letih, sakit dan rasa macam tak keluar apa-apa. Kalau rasa sakit dan melecet, dapatkan nipple cream yang ada dijual pasaran, seperti brand Medela.
Memang ada orang yang dikurniakan oleh Allah dengan rezeki susu yang banyak pada hari pertama kelahiran bayi. Tapi kebanyakannya tidak begitu, termasuk diri saya sendiri.
Tapi, dengan cara yang betul, InsyaAllah, semua ibu pasti mampu menyusu bayi sepenuhnya tanpa perlukan tambahan susu formula.
Jadi, elakkan stress dan jangan berputus asa jika anda rasa SUSAH dan LETIH. Ini kerana STRESS juga akan menghalang penghasilan susu ibu. 
Banyakkan berdoa kepada Allah, dan sentiasa berfikiran positive yang Allah akan cukupkan susu untuk bayi kita. Dapatkan bantuan dan pandangan daripada mereka yang berpengalaman.

So... bagi ibu-ibu muda diluar sana janganlah stress k... Paling penting cari pengetahuan pasal penyusuan agar kita bersedia secukupnya... Amalkan pemakanan yang sihat dan cukup.. Paling penting Breastfeed sekerap mungkin...

anda juga boleh memulakan journey breastfeeding anda dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Vitamin Shaklee dapat membantu penyusuan susu ibu dengan menyediakan NUTRISI LENGKAP yang diperlukan dalam badan ibu. 
Bila cukup nutrisi, ibu akan menjadi lebih SIHAT dan CERGAS, tidak stress dan mampu berusaha untuk terus menyusukan bayi. 
Salam sayang, selamat menempuhi alam breastfeed yang menyeronokan!
 
 
 
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Zuliana Zukipli [ NA ] Shaklee Independent Distributor [ID No : 893409 ] 
012 946 6998 | zulianazukipli@gmail.com
 

No comments:

Post a Comment