Selamat Datang Ke Blog Zuliana Zukipli

Selamat Datang Ke Blog Zuliana Zukipli
" Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Sunday 2 August 2015

47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam


salam kawan2..haa..seperti yg saya janjikan..ni diaa..senarai produk yg disenarai hitamkan oleh Kementerial kesihatan Malaysia (KKM)..ini antara list yg dah mendaftar tau..kalau yg tak daftar tu lagi laaa kan sure ade yg tak kena kat mane2..mane2 produk yg tak berdaftar sure tak dapat lepas mana-mana farmasi atau kedai-kedai ubat..jd anda sebagai pengguna, seharusnya ALERT tentang ini..make sure apa2 pon produk kesihatan yg anda nak cuba utk diri anda lbh2 lg utk si kecil anda, PLEASE make sure produk tu ade kelulusan KKM kat botol atau kotak (selalu ade tampal KKM no), atau make sure that products mmg ade jual kat mane2 and its well known..kalau tak tahu, make sure search kat cik google tentang produk tu..kalau sohih selamat, dan ade kelulusan dan yg penting halal, teruskan..kalau tak you better stop..daripada terlambat dan mendatangkan kesan buruk nanti..kalau tak dpt kesan sekarang mybe 3-5 years latter mane tau kan..Anda renung-renungkan la ye..
 
 
jom baca artikel berkaitan tajuk di atas dipetik dari berita harian (credit to mama cery)

 
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

 
Idam nak cantik jadi gila
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2010/08/15


KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
 
 
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan
berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
 Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
 Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit. Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung. “Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.


INFO
 
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
 
 
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

  • Kintop

  • Body Beaus

  • BMI-9 Xylimming Capsule

  • Senna Plus Capsule

    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

  • Lami


  •  
    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

  • Obexlim

  • Slimax Coffee

  • Beaute Fit Body Contour

  • Body Trimz

     
     
    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

  • 357 Nasal Spray

     
     
    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:


  • Makjun Taufiq Dua Istimewa

  • Majun Dua Istimewa

  • Ginseng Jin Fui Wan

  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

  • Makjun Syafiq 3 Istimewa

  • Reepo

     
     
    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:


  • Air Ikan Haruan

     
     
    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty Cream

  • Atika Beauty Renewal Cream

  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

  • Ratna Sari Whitening Night Cream

  • Tia Amelia Krim Jeragat

  • Chantique Whitening Night Cream

  • RZAC White Pearl Cream

  • Nuriz Day and Night Cream

  • Elite Rias Er Cream

  • R&Z Whitening Night Cream

  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

  • Pigmentation Recovery Complex

  • Zara Rejuvenation Cream

  • Natasya Krim Herba Gold

  • De Putih Night Cream

     
     
    Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

     
     
    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

  • Qian Tong Dan

  • Raja Ubat Resdung

  • Coral Plus UA 350MG


  •  
     
    kesimpulannya..jadilah penggguna yang bijak lagi berhemah... alah membeli menang memakai.. bukannye menang membeli tapi menyesal kemudian hari...
     
     
     
    jadilah seperti saya yang memilih produk jenama Shaklee..For 50 years, Shaklee has been leading the way in natural health products,personal care, home care and air treatment products including 45 patents worldwide..its guaranteed safe and its works for everyone! insyaallah ade yg menepati ape jua keperluan anda..anda berikan masalah, insyaallah saya cuba carikan jalan penyelsaiannya :) kenapa saya kata Shaklee selamat?segalanya di sini dan disini..


     * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


    Zuliana Zukipli [ NA ] Shaklee Independent Distributor [ID No : 893409 ] 
    012 946 6998 | zulianazukipli@gmail.com

     





    No comments:

    Post a Comment