Selamat Datang Ke Blog Zuliana Zukipli

Selamat Datang Ke Blog Zuliana Zukipli
" Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Wednesday 29 April 2015

Bengkak Susu

Bengkak susu. Memang serik. Pernah berlaku pada na dahulu. Tak tahu nak kata apa, tapi rasa macam nak demam pun ada. Rasa macam ada benjolan dan ketul dekat payudara. Keras pulak tu. Dah bagi anak menyusu pun tak jalan jugak. Risau hati masa tu.
Tempat kena bengkak susu pun dah merah dan nampak sangat bengkaknya di situ. Kalau tengok mau menangis. Ramai juga ibu menyusu yang pernah alami kan? Bagaimana nak mengurangkan masalah bengkak susu ni agaknya ye? Jangan risau, kita cuba.



Apa yang perlu kita tahu, ianya adalah sementara. Relax & cool.

Jom kita tengok langkah-langkah yang boleh dicuba.

Langkah #1 : Pakai Coli Sesuai
Pakailah coli yang sepadan. Jangan pakai yang terlalu ketat terutamanya di waktu malam untuk membantu menyokong payudara anda sebaiknya.

Langkah #2 : Susukan Bayi Dengan Kerap
Susukan bayi setiap 2 ke 3 jam sekali. Disiplinkan diri tentang ini, kejutkan bayi anda jika mereka tidur untuk diberikan susu. Pastikan bayi menyusu di kedua-dua belah payudara setiap kali penyusuan. Pastikan sebelah yang pertama tadi dihisap sepenuhnya sebelum beralih ke payudara sebelah lagi. Jika bayi sudah kenyang dengan satu payudara, perah atau pam susu selepas penyusuan.

Langkah #3 : Mudahkan Aliran Susu
Jika berlakunya payudara bengkak, mungkin bayi sukar nak melekap pada aerola kerana kawasan ini menjadi keras. Perah dahulu guna tangan >> gunakan cara marmet atau pam dahulu sehingga sekeliling aerola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan aliran susu adalah ibu mandi dengan air suam atau tuamkan sekeliling payudara dengan tuala panas di dada. Sesungguhnya ibu kena bersabar, mungkin agak mengambil masa.

Langkah #4: Pam Payudara
Sesekali pam susu jika payudara dirasakan terlalu penuh dengan susu. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan bengkak susu yang lebih teruk.

Langkah #5 : Urut Payudara
Semasa menyusukan bayi anda, urut dengan lembut sekitar payudara. Ini boleh membantu melancarkan lagi pengaliran susu ibu.

Langkah #6 : Penggunaan Daun Kubis
Penggunaan daun kubis ini dapat menyejukkan payudara jika diletakkan di sekitarnya. Tapi tiada bukti kukuh yang menyokong ianya boleh melegakan bengkak susu malah dikhuatiri boleh menyebabkan susu kering. Ini kerana ia tidak membantu mengeluarkan susu dari payudara dengan efisyen.

Langkah #7 : Penggunaan Parasetamol
Jika tidak dapat menahan sakit, ibu mungkin boleh menggunakan parasetamol sebagai pilihan terakhir.

Langkah #8 : Fikir Positif
Anggap ini adalah sementara dan fikir yang positif sahaja. Ibu akan melepasi fasa ini dan anggaplah ia sebahagian dari pengalaman manis menjadi seorang ibu menyusu.




 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Zuliana Zukipli [ NA ] Shaklee Independent Distributor [ID No : 893409 ] 
012 946 6998 | zulianazukipli@gmail.com

No comments:

Post a Comment