Malam ni tergerak nak menulis isu hangat ni.. Shaklee penyumbang dana kepada Israel??? Aduss, ramainya pengguna Shaklee sekarang ni kan? Masing- masing dah bimbang dah dengan isu ni.. Benarkah??
Saya cuba perjelaskan isu sebaik mungkin.. Isu ini bermula apabila logo Shaklee terpampang dalam laman web Keneseth Israel..
Nampak tak logo tu? Terletak elok je kat bahagian Sponsor KI. Dah
terbukti depan mata lah kan kiranya. Saya klik dan lihat link yang
disambungkan kepada logo ini.
http://kic.myshaklee.com/us/en/welcome.html#
kic ni bukan laman web rasmi SHAKLEE. Laman web rasmi Shaklee us ialah
www.shaklee.com dan korang boleh bandingkan.
Sebagai pengedar Shaklee, anda berhak menyalurkan bonus anda kepada
mana- mana badan kebajikan atau parti sekalipun. Begitu juga SID di luar
negara sana, mereka berhak menggunakan wang mereka untuk menyumbang.
Bukannya bermakna SHaklee turut menyumbang kepada ISRAEL. Berdasarkan
web yang saya buka tadi, jelas ianya milik agen bebas SHAKLEE.
Buktinya?? Nampak tak logo yang saya bulatkan di atas tu. Shaklee telah
menetapkan syarat setiap agennya perlu menggunakan logo ini. Nampaknya
distributor ini telah menggunakan bonus SHAKLEE untuk beramal kepada
ISRAEL.
Itu kerja amal yang mereka lakukan untuk badan pilihan mereka. Jadi , apa pula kerja amal kita???
Jangan kita terlalu obses memboikot membuta tuli. Selidik dan fahami
betul. Telah pun disenaraikan beberapa jenama terkenal yang jelas nyata
menjadi penyumbang dana terbesar ISRAEL.
Nak lebih terperinci lagi pasal isu boikot ni , korang boleh singgah ke laman web
http://www.inminds.com/boycott-israel.html.
Setiap satu produk yang diboikot dijelaskan satu persatu. Korang boleh
buat penilaian sendiri selepas ini. Tak perlu nak boikot semua kompeni
USA kerana bukan semua menyumbang kepada kekejaman ZIONIS tu.
Oleh itu, ekoran
kekejaman yang dilakukan oleh zionis terhadap umat Islam di Gaza
Palestin, Yaysan Amal Malaysia dengan ini melancarkan kutipan derma
untuk saudara seakidah kita disana yang kini menderita di serang oleh
zionis yang menggila.
Kepada anda yang prihatin terhadap nasib saudara kita disana, anda boleh menyumbang dengan menyalurkan sumbangan anda terus melalui akaun Bank Islam 130530-1000-6474 Tabung Palestin Amal Malaysia
sekian, terima kasih.\
No comments:
Post a Comment