Salam sayang buat semua ibu2 menyusu yang membeli supplemen shaklee dari
saya..baik yang saya kenal di alam realiti atau di alam maya..Maafkan
saya sekiranya saya takberkesempatan utk hari2 bertannya khabar
anda...atau kadang2 tu..sebulan sekali baru saya dapat menghantar
email.(aiyokk..sorrii)....saya ni pun manusia biasa.. tak termampu saya
nak check satu2..diluar kemampuan saya.. Hanya doa yang sentiasa hari2 sy kirimkan buat semua..
dan lagi satu.. dgn mengupdate laman mamafaiz.com ni... dengan harapan
anda membacanya (hehe..dan entry ni saya draft khas buat ibu..sebelum
saya pergi bercuti.)...
Dan yang baru membeli supplemeen shaklee dari saya.harapan saya..agar
anda bersabar menantikan hasilnya... tak dinafikan ...ada yang..selepas
makan..terus2 nampak kesan yg mengujakan tanpa healing krisis.. .ada
jugak yang kata..takde ape2 pun.. tak banyak pun susu..(tapi semangat
kental tu tak pudar......... yelah kan kadang2 tu ..bila ibu2 mengadu..
saya hanya mampu menjadi pendengar yang setia... ingat saya David
Coperfield ka?... tiada daya upaya saya nak menjadikan susu ibu
bertambah dengan sekali petik jari.. ...saya disini hanya berkongsi..dan
kalini saya nak kongsikan doa..doa yang anda boleh amalkan sepanjang
penyusuan susu ibu
credit to dear Iffa..Mari amalkan yer ibu2..
______________________________
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala
urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah
perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah
Engkau syariatkan...AMIN
Surah al-Hujurat ; al-Kautsar
juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati
semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu
kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya
datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran
ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60.
Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga
Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg
cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
__________________________________________
Semoga amalan2 rohani ni dapat diamalkan dan bermanafaat buat semua... Salam sayang dari saya yang jauh di mata..dekat di hati..
No comments:
Post a Comment