"Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat
keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa
diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran
- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh,
penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
5. Bisikan kepada diri perkara yang positif
- Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan
kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang
elok-elok belaka)".
6. Program minda/cuci minda
- Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku
nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".
7. Berpuasa
8. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
9. Kekalkan wuduk
10. Bersedekah
11. Belanja orang makan.
12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah
13. Berkawan dengan ulama
14. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
15. Pesan pada orang, jadi baik....
16. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb)
Pendek kata... hanya dengan mengingati Allah.hati akan tenteram.
No comments:
Post a Comment