Ape
khabar semua? Semoga sentiasa sihat. Hari ni saya nak cerita sedikit
tentang sejenis penyakit yang selalu dihidapi oleh orang lelaki iaitu
penyakit Gout.
Sakit
ni bukan main-main. Boleh pecah empangan air mata bila kena. Abah saya
pernah ada gout ni, nak jalan pun susah nak payah. Kadang-kadang sampai
kena amik suntikan. Makan pun berhati-hati takut tersalah makan nanti
makan diri.
♡Apakah Penyakit Gout?
Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.
Gout boleh jadi biasa, boleh jadi sebagai tanda penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ini disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang terhablur dan disimpan di sendi tendon dan tisu disekelilingnya..
Gambarajah nya seperti di bawah ini:
♡Apakah #punca Gout?
Gout ni boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya sebab faktor genetik (keturunan), pemakanan dan masalah buah pinggang.
Gout juga adalah dikelaskan sebagai sebahagian dari penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan.
Bila asid urik di mendap, lama-kelamaan akan jadi hablur garam. Hablur ni lah yang mencetuskan rasa sakit sendi tu.
♡Apa #makanan yang menyebabkan Gout?
Pengambilan makanan berprotein tinggi seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi pruine boleh mencetuskan Gout. Pemecahan purine dalam makanan ni lah yang menyebabkan gout sebab purine ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisma tisu rosak dan ketika tisu koyak.
Satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih potensi mendapat penyakit Gout
♡Cara #mengatasi Gout?
Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah penyakit Gout ini. Antaranya;
♡Mengamalkan diet rendah purine. Pengambilan sederhana makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis
♡Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik
♡Minum air dengan kadar yang banyak untuk membantu proses penyingkiran asid urik
♡Kawal berat badan
♡Bersenam
♡Apakah #supplemen yang #dicadangkan untuk membantu pesakit Gout?
#ALFALFA
-Melegakan rasa kebas & sakit sendi.
-Mengurangkan toksin
#OMEGA GUARD
-Mengurangkan radang sendi
-Mengurangkan paras kolesterol & tekanan darah
#ADVANCE JOINT HEALTH
-Membantu meningkatkan keselesaan sendi supaya kuat & fleksibel serta menyokong pergerakan .
#PERFORMANCE DRINK
-Menyediakan tenaga segera bagi tubuh
-Mengekalkan imbangan cecair tubuh & elektrolit bagi mengelakkan penyahhidratan..
Bagaimana pula dengan pengambilan Vitamin C?
Pesakit Gout boleh mengambil Vitamin C. Namun secara sederhana dan tidak berlebihan.
Vitamin C adalah uricosuric semulajadi yang bermakdus bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik.
Vitamin
C juga adalah asid askorbik. Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan
air kencing menjadi lebih berasid yang boleh meningkatkan risiko
penyakit batu karang
Sebaiknya
pengambilan vitamin C untuk pesakit gout adalah didalam dos 500mg
hingga 1000mg sahaja sehari. Jika perlukan dos lebih, bincanglah dengan
doktor anda terlebih dahulu
* Produk ini bukan bertujuan untuk
mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zuliana Zukipli [ NA ] Shaklee Independent Distributor [ID No : 893409 ]
012 946 6998 | zulianazukipli@gmail.com
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zuliana Zukipli [ NA ] Shaklee Independent Distributor [ID No : 893409 ]
012 946 6998 | zulianazukipli@gmail.com
No comments:
Post a Comment