Selamat Datang Ke Blog Zuliana Zukipli

Selamat Datang Ke Blog Zuliana Zukipli
" Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Tuesday 10 March 2015

Kelebihan Vitamin E Shaklee



Assalamualaikum , dah lama blog ni bersarang hehe ... sekarang na nak kena bahagi2kan masa memandangkan dah ada baby kan , masa dengan anak2, mase dengan suami, masa dengan business , masa dengan downline2 & etc .. semuanya nak kena kontrol ..hehe 

Pagi ni na nak sharing sedikit info berkenaan Vitamin E ..Dulu na ada amik vitamin E untuk kulit je . Kulit na dulu ade parut2 jerawat kecik, jeragat pun baru nak timbulkan diri ..haa masa tu, mula laa rasa tak senang duduk kan .. sambil online fb ..na google macamana laa nak ilangkan parut2 jerawat yang lama2 ni haa .. alhamdulillah TERjumpa iklan vitamin e ni...apa lagi cubalaa beli sebotol dulu.. selepas sebulan consume macam tu, alhamdulillah memang berhasil laa dengan syarat kena konsisten dan minum air kosong yang banyak tau ..na sharing laa pasal vitamin e ni kat hubby .. hover exciter dia pun cuba laa jugak  ...actually dia dah lama baca apa kelebihan vitamin e ni ..cuma xbukak mulut je ... alamakkkk termengandung plak hahaha ...opppss telepas mulut jugak masa tu .. na ada bgtau dia kalau mama dapat coordinator .. insyaallah nak hamil baby girl .. ALLAH MAKBULKAN DOA SAYA UOLSS .. macam2 rasa ada .. HAPPY pun ada , TAKUT pun ada , TAK READY pun ada .... hadoiiii .. tp ni semua rezeki allah nak bagi kan ;)...  alhamdulillah baby girl da pun 3 bulan .. sekarang na fokus set menyusu shaklee plak... tunggu next entry plak hokayy ;)

 Ayra masa dalam pantang 



 Ayra 3 Months old 


jemput baca manfaat vitamin E ni uols :


Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.


Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang terukvitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Bestkan khasiat Vitamin E ni..apa lagi kawan-kawan...kalau berminat bolehlah hubungi saya ye..

No comments:

Post a Comment